Resepi & Cara - Cara Membuat Tau Fu Fah
--------<>--------<>--------<>--------<>--------<>--------<>-----Saya lebih gemar tau fu fah berbanding jelly atau pudding. Tapi malangnya tau fu fah susah ditemukan di tempat saya. Maka saya pun mencuba resepi yang di bawah ini:
Bahan - bahannya:
300g kacang soya
2.5 liter air
2 helai daun pandan
2 sudu tepung jagung
1 sudu teh serbuk GDL/sekko (beli di kedai kek)
Bahan untuk air gula:
Secawan gula
2 cawan air
Sehelai daun pandan
Untuk resepi tau fu fah yang lebih HEBAT, klik di sini.
Cara - Cara:
- Rendam kacang soya 5 - 6 jam
- Bagi yang takut kena sakit lutut dan 'gout', buang kulit dan kotiledon kacang tersebut dengan meramas - ramasnya. Kalau tak takut, teruskan ke bahagian #3.
- Kisar kacang soya tersebut menggunakan pengisar makanan.
- Tapis hasil kisaran menggunakan penapis (guna penapis teh tarik pun boleh)
- Ambil satu bekas atau periuk, dan masukkan 2 cawan air soya yang dikisar tadi, lepas tu masukkan 2 sudu tepung jagung dan 1 sudu teh serbuk GDL. (INGAT: Sediakan 2 periuk yang berasingan, 1 untuk masak air soya, satu lagi tempat untuk mengeraskan tau fu fah)
- Air soya yang banyak tadi dimasak bersama 2 helai pandan dalam periuk dengan api yang besar, dan digaul sentiasa. MESTI digaul sentiasa supaya air kacang soya tak berkerak.
- Kacau sehingga ia membuih ke atas dan tutup api.
- Kacau bekas yang berisi air soya, serbuk GDL dan tepung jagung tadi supaya sebati.
- Lepas tu, tuangkan semua air soya panas ke dalam bekas berisi campuran tu. JANGAN DIKACAU!
- Lepas tu, buang buih yang terdapat di atas air soya yang bakal menjadi tau fu fah itu. Tunggu selama sejam untuk tau fu fah mengeras.
- Sambil menunggu tau fu fah mengeras, masak air gula.
- Cara masak air gula ni mudah je, macam masak mi megi. Didihkan secawan gula pasir bersama 2 cawan air (masukkan sehelai daun pandan yang disimpul).
Tips:
- Kacang soya dan air tidak perlu disukat mengikut isipadu yang terlalu tepat, konsep yang anda harus faham ialah; kalau nak kisar kacang soya, air jangan terlalu banyak. Kalau
lebih, ia akan menyebabkan air soya anda cair dan membuatkan tau fu fah anda kurang mantap dan best. - 'Practice does make perfect', iaitu berlatih selalu membuat tau fu fah sehingga anda mahir dengannya.
- Saya membuat tau fu fah 4 kali seminggu untuk menghasilkan tau fu fah yang boleh dikritik keluarga dan rakan - rakan saya. Sekarang saya tidak lagi perlu menyukat isipadu kacang atau air. Saya hanya menggunakan konsep "jangan lebih air, nanti soya
tak pekat, tau fu fah pun tak menjadi". - Serbuk GDL juga perlu diberi perhatian kerana kalau terlebih, tau fu fah anda akan terasa masam.
- Tepung jagung pula jangan terlalu banyak tapi, tetapi kalau lebih sedikit atau kurang sedikit, it's ok. Tidak begitu ketara sangat.
P.S - Saya sangat syorkan anda mencuba resepi tau fu fah En. Muaz kerana beliau sudah berkecimpung membuat tau fu fah untuk perniagaan sudah lebih daripada 5 tahun.
Selamat berjaya,
- Vic -