Tuesday, February 5, 2008

Cara - Cara Membuat Tau Fu Fah

--------<>--------<>--------<>--------<>--------<>--------<>-----
Resepi & Cara - Cara Membuat Tau Fu Fah
--------<>--------<>--------<>--------<>--------<>--------<>-----

Saya lebih gemar tau fu fah berbanding jelly atau pudding. Tapi malangnya tau fu fah susah ditemukan di tempat saya. Maka saya pun mencuba resepi yang di bawah ini:

Bahan - bahannya:
300g kacang soya
2.5 liter air
2 helai daun pandan
2 sudu tepung jagung
1 sudu teh serbuk GDL/sekko (beli di kedai kek)

Bahan untuk air gula:
Secawan gula
2 cawan air
Sehelai daun pandan

Untuk resepi tau fu fah yang lebih HEBAT, klik di sini.

Cara - Cara:
  1. Rendam kacang soya 5 - 6 jam

  2. Bagi yang takut kena sakit lutut dan 'gout', buang kulit dan kotiledon kacang tersebut dengan meramas - ramasnya. Kalau tak takut, teruskan ke bahagian #3.

  3. Kisar kacang soya tersebut menggunakan pengisar makanan.

  4. Tapis hasil kisaran menggunakan penapis (guna penapis teh tarik pun boleh)

  5. Ambil satu bekas atau periuk, dan masukkan 2 cawan air soya yang dikisar tadi, lepas tu masukkan 2 sudu tepung jagung dan 1 sudu teh serbuk GDL. (INGAT: Sediakan 2 periuk yang berasingan, 1 untuk masak air soya, satu lagi tempat untuk mengeraskan tau fu fah)

  6. Air soya yang banyak tadi dimasak bersama 2 helai pandan dalam periuk dengan api yang besar, dan digaul sentiasa. MESTI digaul sentiasa supaya air kacang soya tak berkerak.

  7. Kacau sehingga ia membuih ke atas dan tutup api.

  8. Kacau bekas yang berisi air soya, serbuk GDL dan tepung jagung tadi supaya sebati.

  9. Lepas tu, tuangkan semua air soya panas ke dalam bekas berisi campuran tu. JANGAN DIKACAU!

  10. Lepas tu, buang buih yang terdapat di atas air soya yang bakal menjadi tau fu fah itu. Tunggu selama sejam untuk tau fu fah mengeras.

  11. Sambil menunggu tau fu fah mengeras, masak air gula.

  12. Cara masak air gula ni mudah je, macam masak mi megi. Didihkan secawan gula pasir bersama 2 cawan air (masukkan sehelai daun pandan yang disimpul).
Untuk resepi tau fu fah yang lebih MANTAP, klik di sini.

Tips:
  • Kacang soya dan air tidak perlu disukat mengikut isipadu yang terlalu tepat, konsep yang anda harus faham ialah; kalau nak kisar kacang soya, air jangan terlalu banyak. Kalau
    lebih, ia akan menyebabkan air soya anda cair dan membuatkan tau fu fah anda kurang mantap dan best.

  • 'Practice does make perfect', iaitu berlatih selalu membuat tau fu fah sehingga anda mahir dengannya.

  • Saya membuat tau fu fah 4 kali seminggu untuk menghasilkan tau fu fah yang boleh dikritik keluarga dan rakan - rakan saya. Sekarang saya tidak lagi perlu menyukat isipadu kacang atau air. Saya hanya menggunakan konsep "jangan lebih air, nanti soya
    tak pekat, tau fu fah pun tak menjadi".

  • Serbuk GDL juga perlu diberi perhatian kerana kalau terlebih, tau fu fah anda akan terasa masam.

  • Tepung jagung pula jangan terlalu banyak tapi, tetapi kalau lebih sedikit atau kurang sedikit, it's ok. Tidak begitu ketara sangat.
Kalau anda nak resepi yang lengkap yang juga disertakan rahsia dan tips yang lebih menarik, klik di sini.

P.S - Saya sangat syorkan anda mencuba resepi tau fu fah En. Muaz kerana beliau sudah berkecimpung membuat tau fu fah untuk perniagaan sudah lebih daripada 5 tahun.

Selamat berjaya,

- Vic -